17
Satu majlis meraikan pasukan KESUMA negeri terengganu telah diadakan pada 11 Jun 2010 untuk meraikan pencapaian pasukan KESUMA negeriterengganu Pengarah Yayasan Islam terengganu En. Ahmad Robert merakamkan ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada kontijen negeri Kelantan kerana berjaya menggondol kejuaraan keseluruhan pada kali ini dengan berkongsi mata dengan pasukan negeri kelantan yang merupakan juara keseluruhan pada tahun lepas.

Usaha penambahan untuk menguatkan lagi pasukan kontinjen terengganu harus diteruskan dengan latihan keras dan pemantauan. Usaha berterusan ini menunjukkan peningkatan ketara dalam pasukan dengan kejayaan menjadi johan didalam acara perlawanan bolasepak, iaitu dikenali sebagai acara kemuncak dalam satu-satu kejohanan. Pengarah juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Y.B Haji Abdul Fatah Mahmood kerana meluluskan peruntukan RM60 ribu untuk aktiviti sukan di peringkat sekolah. Manakala di peringkat YIK itu sendiri, sentiasa berusaha untuku menjadikan bidang  akademik dan kokurikulum sentiasa berada di prestasi terbaik dan berjalan seiringan. Malah kejayaan Kontijen Kelantan di KESSUMA di Negeri Kedah itu adalah bukanlah kejayaan yang terakhir kerana ianya adalah satu permulaan untuk kejayaan-kejayaan yang akan menyusul pada masa akan datang.

Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan dari Exco Pembangunan Insan, Belia, Sukan & NGO Kerajaan Negeri Kelantan,  Y.B Haji Abdul Fatah Mahmood. Beliau merakamkan setinggi ucapan tahniah diatas kejayaan kontinjen negeri Kelantan atas kejuaraan yang dirangkul di KESUMA. Walaupun anak-anak Yayasan Islam Kelantan sentiasa dalam keadaan serba kekurangan, namun dengan usaha dari semua pihak, kesusahan tersebut telah ditukar kepada satu kejayaan manis hasil semangat yang jitu dengan mempergunakan segala sumber yang terhad dengan bijaksana dan berhemah. Cabaran  dalam menghadapi kekurangan sumber yang terhad ini  telah dihadapi dengan sabar dan tenang dan inilah sifat yang patut lahir dari kekuatan dalaman jati diri seseorang pejuang. Y.B Haji Abdul Fatah Mahmood juga menegaskan bahawa YIK semakin bergerak menghampiri kejayaan dalam usaha menjayakan misi dan visi dalam sukan negeri terengganu ini. Beliau kemudian menyarankan agar peningkatan kemahiran sukan perlu diteruskan dari masa ke semasa dengan mendapatkan khidmat dari jurulatih-jurulatih profesional.

Exco Pembangunan Insan, Belia, Sukan & NGO Kerajaan Negeri Kelantan itu kemudiannya membuat kejutan dengan mengumumkan akan mewujudkan tokoh dan anugerah tokoh sukan khas untuk YIK pada masa akan datang serta mewujudkan acara baru iaitu acara memanah yang akan dimasukkan dalam bajet tahun 2012 sekiranya mendapat persetujuan dari semua pihak.

Majlis Keraian Kontinjen Kelantan ini adalah acara kemuncak kepada pengiktirafan dari Yayasan Islam terengganu untuk mereka-mereka yang tanpa mengira masa dan penat lelah berusaha membangunkan prestasi sukan atlet Kontinjen KESUMA Negeri terengganu yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah Yayasan Islam terengganu