SEMOGA TERUS MELANGKAH... MENJANA KECEMERLANGAN UMMAH...
Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud :
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu... dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui."
Ketika dalam Mesyuarat Agong PIBG awal tahun ini, beliau yang baharu dua bulan di Sekolah Agama Menengah ini ada berkata : "......... Saya sudah lama di sini dan amat selesa dan menyenangi SeMAI ini.. Mungkin saya hanya akan berada di sini setahun atau dua tahun... tetapi saya berasa mungkin saya ingin berpencen di sini..."
Mendengarkan kata-kata itu saya, GKMP Bahasa ini tersenyum sendiri. Adakah secepat itu beliau berasa kasih dan sayang akan sekolah ini.
Beberapa waktu selepas itu, ketika beliau mengalami beberapa ujian, beliau pernah menyuarakan rasa hatinya : ".... saya selalu tidak sihat, mungkin ada yang tidak suka akan saya ini, atau ada yang mengharapkan saya cepat pergi dari sini...". Walaupun secara gurauan beliau menuturkannya, tiada pula mustahil doa itu Allah makbulkan akhirnya...
Hari ini saya menyusun catatan ini, beliau tidak hadir ke sekolah ini kerana beliau sudah menggalas tanggungjawab yang lebih berat yang menjadi penolong pengarah di suat tmpat yg sy tidak berapa ingat.. Kami sebenarnya sudah ditinggalkan oleh seorang Pengetua yang begitu berwibawa dan berkarisma.
SEMOGA TERUS MELANGKAH... MENJANA KECEMERLANGAN UMMAH...
Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud :
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu... dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui."
Mendengarkan kata-kata itu saya, GKMP Bahasa ini tersenyum sendiri. Adakah secepat itu beliau berasa kasih dan sayang akan sekolah ini.
Beberapa waktu selepas itu, ketika beliau mengalami beberapa ujian, beliau pernah menyuarakan rasa hatinya : ".... saya selalu tidak sihat, mungkin ada yang tidak suka akan saya ini, atau ada yang mengharapkan saya cepat pergi dari sini...". Walaupun secara gurauan beliau menuturkannya, tiada pula mustahil doa itu Allah makbulkan akhirnya...
Hari ini saya menyusun catatan ini, beliau tidak hadir ke sekolah ini kerana beliau sudah menggalas tanggungjawab yang lebih berat di Sekolah Agama Menengah Tinggi Hishamuddin, Klang sebagai Pengetua yang baharu di sana. Kami bakal dan sebenarnya sudah ditinggalkan oleh seorang Pengetua yang begitu berwibawa dan berkarisma.
Doa kami sentiasa mengiringi perjalanan yang bakal dilalui oleh Tuan Haji Mohd Zainul Ariffien bin Mohd Jaid.. Mantan Pengetua yang mendapat tempat dalam hati semua warga SAMER ini..
Jika hendak melurut buluh,
lurut dengan pisau yang tajam;
Jika diikut hati yang luluh,
Ujian yang ada terasa kejam...
Cukup sudah menampi padi,
Padi huma tanaman tuan;
Cukup reda membiarmu pergi,
Tarbiahmu dijadikan panduan.
Pohon kemboja tegak merimbun,
Angin berpuput semerbak haruman;
Biar bersama-sama tidak setahun,
Mengukir kasih sedalam perasaan.
Pohon senduduk hidupnya subur,
elok dibuat ubat-ubatan;
Ilmu ditunjuk, salah ditegur,
tersimpan erat dijadi panduan
Kalaupun rebah pohon kenanga,
Rebah menimpa ditampung sanggah;
Kalaupun berubah tempat dan rasa,
Rindu yang ada usah dicanggah.
Kalau tuan mudik ke hilir,
carikan kami buah teratai;
Sudah suratan hidup bergilir,
semoga hasrat akan tercapai.
Ingin sekali mendedikasikan lirik lagu ini buat Tuan Pengetua, semoga setiap kali lagu ini dikumandangkan, beliau akan selalu ingat akan kami.
Gurindam Jiwa
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.
Lukah dipasang di Tanjung Jati;
Di dalam hati tidak kulupa,
Sebagai rambut tersimpul mati.
Batang selasih permainan budak
Daun selasih dimakan kuda;
Bercerai kasih talak tiada,
Seribu tahun bertemu jua
Burung merpati terbang seribu,
Hinggap seekor di tengah laman;
Hendak mati di hujung kuku,
Hendak berkubur di tapak tangan.
Kalau tuan mudik ke hulu,
Carikan saya bunga kemboja:
Kalau tuan mati dahulu,
Nantikan saya di pintu syurga...
Biarpun sedikit cuma masa yang dipinjamkan buat kami bersama-sama tuan pengetua... pasti menggamit pelbagai rasa dan pasti meninggalkan detik rasa yang sukar digambarkan.
Anak kedidi anak punai,
terbang hinggap di atas dahan;
Mungkinkah hasrat akan tertunai,
jika tuan hendak ditahan???
Jika hidup ini begitu mudah, dan kita boleh mengaturnya sesuka hati kita tanpa ujian, dugaan, cabaran dan pelbagai halangan lagi, tiada akan ada indah dan warna-warna yang cantik melakari kehidupan ini. Maka berkemungkinan kita akan menjadi watak yang statik dan tidak akan ada sebarang perubahan. Begitu juga apabila kita melihat konsep hijrah pada zaman Rasullullah SAW. Hijrah itu membawa perubahan, kejayaan dan kecemerlangan. Begitu juga intihanya, dalam melaksanakan tanggungjawab yang penuh integriti, ada pengorbanan yang perlu dilakukan.
Yang ada akan tiada, yang patah akan tumbuh.. yang pergi akan berganti... adat dan resam hidup yang tidak dapat dielakkan. Lambat atau sekejap bukan ukurannya. Semoga di tempat baharu kelak, Tuan Haji Mohd Zainul Ariffien bin Mohd Jaid akan lebih cemerlang dan berjaya membentuk sebuah sekolah yang melahirkan generasi ulama' yang hebat, insyaAllah. Dan, doakan kami di SAMER akan sentiasa berwawasan untuk menunaikan cita-cita murni yang sama untuk agama, bangsa dan negara... kerana Allah dan untuk kebaikan serta kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Gadis manis leka menekat,
Lapik beradu raja sehari;
Mulakanlah perjalananmu dengan tekad,
inspirasi melahir modal insani..
Bunga Kemboja, bunga kenanga,
Dibuat hiasan melilit sanggul;
Biar di mana sekalipun berada,
Semoga jati dirimu tetap unggul.
Air nira mayang kelapa,
Dibuat gula manis sekali;
kami di SAMER usah dilupa,
Tuan akan tetap di hati.
Kami menyusun sepuluh jari,
Memohon ampun salah dan silap;
Terima kasih tuan, nasihat yang diberi,
pasti menyedarkan apa yang khilaf.
Sesama kita bertegur sapa,
ukhuwah terjalin murni di hati;
Walaupun tuan jauh di mata,
Ingatkan kami di sanubari.
Jika hendak pergi mengail,
Jangan lupa membawa raga;
Jika tuan rasa terpanggil,
Kami kan sambut dengan mesra.
Sungai pahang panjang sekali,
Tempat bernaung flora dan fauna;
Bawalah kami di dalam hati,
walaupun tuan ke mana sahaja.
Sederap selangkah rentak kaki,
Tersusun kemas jua sekata;
Bermulanya tuan melangkah pergi,
Semoga kelak dirimu lebih berjaya.
Tuan pergi kami restu,
Membawa visi membangun agama;
Pergi tuan seperti ditentu..
Membawa kebaikan bersama-sama.
Hati sayu melepaskan pergi,
Dipinjamkan masa hanya seketika;
Usahlah kilan simpan di hati,
Ampun dan maaf yang kami pinta.
Banyak rasa di dalam hati,
moga tersusun elok dan rapi;
Jika ada tersalah dan keji,
Moga tidak dibawa pergi.
Hati resah dibuangkan sahaja,
Usah diikut rasa gulana;
Jika tuan ada terasa,
buanglah ia usah bersangka.
Salam dihulur sewaktu tiba,
Salam disambut ketika pergi;
Ukhuwah kita tetap terjaga,
Sungguh indah,erat dan murni.
Pesan diberi untuk nasihat,
Tegur dijalin untuk panduan;
Semoga hidup semakin kuat,
Tetap tabah dalam perjuangan.
SAMER indah dan cemerlang,
Aspirasi terlakar menuju jaya;
terima kasih kami menjulang,
Jasamu tuan dikenang juga.
Jika ada rasa yang gundah,
luahkan ia sepuas rasa;
senang berkongsi segala yang indah,
agar kami tidak dilupa.
Jika SAMER masih dikenang,
Doakan kami selalu sejahtera;
Jika kami ini masih disayang,
Moga tautan sentiasa ada.
Jika diturut hati yang duka,
pasti kita tiadakan senang;
teruskan perjuangan wahai ketua,
Jihad yang ikhlas pastikan menang.
Pergimu diiringi doa sejahtera,
semoga perjalananmu lebih selamat;
Biarpun jauh di hujung dunia,
Ukhuwah yang murni pasti berkat..
Dengan segala rasa rendah hati, kami dalam warga Bidang Bahasa, SAM Rawang; mengucapkan selamat maju jaya dan terus cemerlang membangunkan anak bangsa kerana Allah..
Doa kami sentiasa mengiringi perjalanan yang bakal dilalui oleh Haji JUsoh bin Mad .. Mantan Pengetua yang mendapat tempat dalam hati semua warga SeMAI ini..
Jika hendak melurut buluh,
lurut dengan pisau yang tajam;
Jika diikut hati yang luluh,
Ujian yang ada terasa kejam...
Cukup sudah menampi padi,
Padi huma tanaman tuan;
Cukup reda membiarmu pergi,
Tarbiahmu dijadikan panduan.
Pohon kemboja tegak merimbun,
Angin berpuput semerbak haruman;
Biar bersama-sama tidak setahun,
Mengukir kasih sedalam perasaan.
Pohon senduduk hidupnya subur,
elok dibuat ubat-ubatan;
Ilmu ditunjuk, salah ditegur,
tersimpan erat dijadi panduan
Kalaupun rebah pohon kenanga,
Rebah menimpa ditampung sanggah;
Kalaupun berubah tempat dan rasa,
Rindu yang ada usah dicanggah.
Kalau tuan mudik ke hilir,
carikan kami buah teratai;
Sudah suratan hidup bergilir,
semoga hasrat akan tercapai.
Ingin sekali mendedikasikan lirik lagu ini buat Tuan Pengetua, semoga setiap kali lagu ini dikumandangkan, beliau akan selalu ingat akan kami.
Gurindam Jiwa
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.
Lukah dipasang di Tanjung Jati;
Di dalam hati tidak kulupa,
Sebagai rambut tersimpul mati.
Batang selasih permainan budak
Daun selasih dimakan kuda;
Bercerai kasih talak tiada,
Seribu tahun bertemu jua
Burung merpati terbang seribu,
Hinggap seekor di tengah laman;
Hendak mati di hujung kuku,
Hendak berkubur di tapak tangan.
Kalau tuan mudik ke hulu,
Carikan saya bunga kemboja:
Kalau tuan mati dahulu,
Nantikan saya di pintu syurga...
Biarpun sedikit cuma masa yang dipinjamkan buat kami bersama-sama tuan pengetua... pasti menggamit pelbagai rasa dan pasti meninggalkan detik rasa yang sukar digambarkan.
Anak kedidi anak punai,
terbang hinggap di atas dahan;
Mungkinkah hasrat akan tertunai,
jika tuan hendak ditahan???
Jika hidup ini begitu mudah, dan kita boleh mengaturnya sesuka hati kita tanpa ujian, dugaan, cabaran dan pelbagai halangan lagi, tiada akan ada indah dan warna-warna yang cantik melakari kehidupan ini. Maka berkemungkinan kita akan menjadi watak yang statik dan tidak akan ada sebarang perubahan. Begitu juga apabila kita melihat konsep hijrah pada zaman Rasullullah SAW. Hijrah itu membawa perubahan, kejayaan dan kecemerlangan. Begitu juga intihanya, dalam melaksanakan tanggungjawab yang penuh integriti, ada pengorbanan yang perlu dilakukan.
Yang ada akan tiada, yang patah akan tumbuh.. yang pergi akan berganti... adat dan resam hidup yang tidak dapat dielakkan. Lambat atau sekejap bukan ukurannya. Semoga di tempat baharu kelak, HAji Jusoh bin Mad akan lebih cemerlang dan berjaya membentuk sebuah sekolah yang melahirkan generasi ulama' yang hebat, insyaAllah. Dan, doakan kami di SAMER akan sentiasa berwawasan untuk menunaikan cita-cita murni yang sama untuk agama, bangsa dan negara... kerana Allah dan untuk kebaikan serta kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Gadis manis leka menekat,
Lapik beradu raja sehari;
Mulakanlah perjalananmu dengan tekad,
inspirasi melahir modal insani..
Bunga Kemboja, bunga kenanga,
Dibuat hiasan melilit sanggul;
Biar di mana sekalipun berada,
Semoga jati dirimu tetap unggul.
Air nira mayang kelapa,
Dibuat gula manis sekali;
kami di SAMER usah dilupa,
Tuan akan tetap di hati.
Kami menyusun sepuluh jari,
Memohon ampun salah dan silap;
Terima kasih tuan, nasihat yang diberi,
pasti menyedarkan apa yang khilaf.
Sesama kita bertegur sapa,
ukhuwah terjalin murni di hati;
Walaupun tuan jauh di mata,
Ingatkan kami di sanubari.
Jika hendak pergi mengail,
Jangan lupa membawa raga;
Jika tuan rasa terpanggil,
Kami kan sambut dengan mesra.
Sungai pahang panjang sekali,
Tempat bernaung flora dan fauna;
Bawalah kami di dalam hati,
walaupun tuan ke mana sahaja.
Sederap selangkah rentak kaki,
Tersusun kemas jua sekata;
Bermulanya tuan melangkah pergi,
Semoga kelak dirimu lebih berjaya.
Tuan pergi kami restu,
Membawa visi membangun agama;
Pergi tuan seperti ditentu..
Membawa kebaikan bersama-sama.
Hati sayu melepaskan pergi,
Dipinjamkan masa hanya seketika;
Usahlah kilan simpan di hati,
Ampun dan maaf yang kami pinta.
Banyak rasa di dalam hati,
moga tersusun elok dan rapi;
Jika ada tersalah dan keji,
Moga tidak dibawa pergi.
Hati resah dibuangkan sahaja,
Usah diikut rasa gulana;
Jika tuan ada terasa,
buanglah ia usah bersangka.
Salam dihulur sewaktu tiba,
Salam disambut ketika pergi;
Ukhuwah kita tetap terjaga,
Sungguh indah,erat dan murni.
Pesan diberi untuk nasihat,
Tegur dijalin untuk panduan;
Semoga hidup semakin kuat,
Tetap tabah dalam perjuangan.
SeMAI indah dan cemerlang,
Aspirasi terlakar menuju jaya;
terima kasih kami menjulang,
Jasamu tuan dikenang juga.
Jika ada rasa yang gundah,
luahkan ia sepuas rasa;
senang berkongsi segala yang indah,
agar kami tidak dilupa.
Jika SAMER masih dikenang,
Doakan kami selalu sejahtera;
Jika kami ini masih disayang,
Moga tautan sentiasa ada.
Jika diturut hati yang duka,
pasti kita tiadakan senang;
teruskan perjuangan wahai ketua,
Jihad yang ikhlas pastikan menang.
Pergimu diiringi doa sejahtera,
semoga perjalananmu lebih selamat;
Biarpun jauh di hujung dunia,
Ukhuwah yang murni pasti berkat..
Dengan s
No comments:
Post a Comment