SENARAI NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI / RAKYAT NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN
Sekolah Menengah Agama Negeri
|
Wednesday, June 25, 2014
Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Moto | Al-Ilm An-Nur (Ilmu Cahaya) |
---|---|
Ditubuhkan | 13 November 1932 |
Dirasmikan | 30 Ogos 1934 |
Jenis | Sekolah Menengah Agama (SABK) |
Kod sekolah | TFT3003 |
Lokasi | |
Telefon | 6096221618 |
Faks | 6096313069 |
Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin Ladang, akronim SMASZAL, merupakan sebuah sekolah agama (SABK) yang terletak di kampung Ladang Sekolah, Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, Malaysia. Pada 2009, sekolah ini memiliki 484 pelajar lelaki dan tiada pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 484 orang. Ia mempunyai seramai 55 orang guru.
Sekolah ini menggunakan pengantarbahasa melayau dan bahasa arab
Sejarah]
Tarikh Penubuhan[
- 1925 - Menumpang di Sekolah Melayu Paya Bunga, kemudian berpindah dan menumpang pula di Sekolah Melayu Bukit Jambol
- 1932 - Bangunan baru sekolah didirikan di Kampung Ladang, Kuala Terengganu
- 1933 - Perasmian bagunan sekolah yang baru
- 1943 - Bangunan tambahan dibina / pembesaran sekolah
- 1958 - Penubuhan SMAASZA Batu Burok (pengasingan peringkat persekolahan)
Pengasas/Tokoh Penubuhan[]
Sekolah ini ditubuhkan pada 1925, hasil kesedaran orang ramai dan respon terhadap sekolah aliran Inggeris, Sultan Sulaiman English School yang ditubuhkan pada 1920. Penubuhan sekolah ini adalah di atas inisiatif beberapa orang tokoh/pegawai tinggi Melayu (pendidikan agama) sepertiDatuk Sri Amar Di Raja, Menteri Besar ketika itu, Datuk Bentara Luar, Ketua Pegawai Pelajaran, Datuk Andika Di Raja dan lain-lain ahli agama ketika itu.
Pada peringkat awal, kelas diadakan menumpang di Sekolah Melayu Paya Bunga 1925, kemudian menumpang pula di Sekolah Melayu Bukit Jambol bermula tahun 1932. Manakala pelajaran bahasa Inggeris diadakan di dalam satu bilik diIstana Maziah, bermula 1923.
Satu inisiatif pembinaan bangunan tetap dimulakan oleh golongan berpendidikan agama, dan peletakan batu asas sekolah dilakukan oleh Baginda Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah pada pagi ahad 13 November 1932 dalam satu istiadat bersejarah. Pembinaan bangunan adalah hasil derma khairat orang ramai.
Perasmian sekolah ini secara rasminya pada 4.00 petang khamis 30 Ogos 1934, oleh baginda Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Sekolah ini secra rasmi menggunakan nama ‘Madrasah Sultan Zainal Abidin Al-Arabiah,' sempena nama ayahanda baginda Al Marhum Sultan Zainal Abidin III yang menjadi ikon penddidikan.
Pemisahan menengah atas[sunting | sunting sumber]
Pada tahun 1958 berlaku perubahan dasar pelajaran sekolah, iaitu dibahagikan kepada dua:-
- Bahagian Ibtidai (rendah) – pengajian selama 5 tahun
- Bahagian Thanawi (menengah) – pengajian selama 4 tahun
Pelajar yang menamatkan darjah 6 sekolah kebangsaan akan dimasukkan ke pengajian Ibtidai selama 5 tahun, setelah lulus akan dianugerahkan Sijil Ibtidai dan ini membolehkan mereka me nyambung pelajaran ke peringkat Thanawi selama 4 tahun lagi untuk memperoleh Sijil Thanawi (Sijil Thanawi ini diakui setaraf dengan Sijil Thanawi Azhar, dan pemegangnya boleh menyambung pengajian ke tahun pertama diUniversiti Azhar, Mesir)
Pada tahun 1958 ini juga berlaku pemindahan peringkat pembelajaran di mana bahagian Ibtidai kekal di Kampung Ladang manakala bahagian Thanawi dipindahkan ke sebuah bangunan lama di atas sekeping tanah seluas 8 ekar di Kampung Batu Burok iaitu bekas rumah Allahyarham Datuk Sri Amar Di raja, bekas Menteri Besar Terengganu yang sebelum itu dijadikan Rumah Persinggahan.
Sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk atau ringkasnya adalah SMAASZA pada hari ini.
Pengembangan Kolej Agama Sultan Zainal Abidin[sunting | sunting sumber]
Pada 22 Oktober 1980, kerajaan Negeri Terengganu meluluskan Enakmen Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (Enakmen Bil. 3 1981) bagi penubuhan sebuah kolej Universiti. Kumpulan pertama mahasiswa KUSZA memulakan pengajian dan ditempatkan di Sekolah Menengah Agama (ATAS) Sultan Zainal Abidin di Batu Buruk, Kuala Terengganu. Kolej itu dinamakan sebagai Kolej Universiti Sultan Zainal Abidin atau KUSZA.
KUSZA kemudiannya ditempatkan di Jalan Hiliran Kuala Terengganu pada tahun 1981 sebelum berpindah ke kampus tetap di Gong Badak, Kuala Terengganu pada akhir Disember 1982. Kampus KUSZA seluas 144 hektar telah diletakkan batu asasnya oleh Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah pada 17 Mac 1981. Pustakawan pertama mula berkhidmat pada bulan Oktober 1982.
Pada 2006, KUSZA telah dinaiktarafkan sebagai Universiti penuh. Untuk waktu yang singkat, ia dinamakan semula sebagai Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) namun, ditukar kembali kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada 2010.
Akademi[sunting | sunting sumber]
Pakaian seragam lengkap harian pelajar Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abdin Ladang adalah kemeja putih, seluar panjang putih, kasut hitam, talipinggang hitam dan songkok hitam. Pelajar diwajibkan memakai tali leher dengan logo sekolah bwarna hijau.
Pencapaian[sunting | sunting sumber]
hal sekolah menengah agama mahmudiah terengganu
Sekolah Menengah Agama Mahmudiah
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jenis | Sekolah Menengah Agama, Sekolah kerajaan |
---|---|
Kod sekolah | TFT5002 |
Lokasi | |
Telefon | 6096811326 |
Faks | 6096817907 |
Sekolah Menengah Agama Mahmudiah atau nama ringkasnya SMA Mahmudiah, merupakan sebuah Sekolah Menengah Agama yang terletak di Km 38, Jalan Kuala Berang, Hulu Terengganu , Kuala Berang , Malaysia.
Pada 2009, Sekolah Menengah Agama Mahmudiah memiliki 400 pelajar lelaki dan 502 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 902 orang. Ia mempunyai seramai 64 orang guru.2009
Sek Men Agama Mahmudiah merupakan satu-satunya sekolah menengah agama yang terdapat di Hulu Terengganu.Sekolah ini telah melahirkan ramai pemimpin masyarakat yang berwibawa antaranya Dato' Mohd Said,Dato' Tengku Putera,Hassan Ali,Dato'Dr Abdullah Sulong dan lain-lain
sejarah pengasasan dan perkembangan sma ittifakaih
PengenalanSekolah Menengah Agama Ittifakiah, Jerteh telah diasaskan dalam tahun 1937 oleh Tuan Guru Haji Wan Abdul Latiff bin Wan Kadir seorang guru agama yang terkenal. Beliau merupakan salah seorang anak tempatan Daerah Besut yang tebal minatnya dalam memajukan pengajian agama khususnya di kalangan penduduk setempat.Pada awal penubuhannya, sekolah ini pernah dikenali dengan nama " Jaamiah Ittifakiah" yang mana bernaung di bawahnya beberapa buah sekolah agama yang lain di sekitar Daerah Besut. Bagaimanapun disebabkan beberapa faktor yang mendesak, sekolah- sekolah tersebut mula ditadbirkan secara berasingan. Perkataan "Jaamiah" yang digunakan pada awal penubuhannya telah digugurkan.Tokoh PengasasHaji Wan Abdul Latiff dilahirkan di Kampung Pulau Salim, Besut pada tahun 1895. Beliau bukan sahaja merupakan guru agama malah beliau juga bergiat aktif dalam arena politik tanah air yang berlandaskan semangat untuk membebaskan Tanah Melayu daripada pihak penjajah Inggeris.Dalam lingkungan usia 7 tahun beliau mula belajar Al-Quran dengan datuknya, Wan Abu Bakar bin Wan Mustaffa. Ketika berusia 11 tahun, beliau telah berjaya menguasai Al-Quran dengan baiknya. Apabila berusia 14 tahun beliau mula belajar agama di Kampung Lampu, Besut, di bawah didikan Tuan Guru Haji Muhammad bin Haji Hussein. Apabila Tuan Guru Haji Muhammad berpindah Kuala Besut, Haji Wan Abdul Latiff masih meneruskan pengajiannya di sana. Semasa di Kuala Besut, beliau telah berkawan rapat dengan Tuan Guru Haji Abas bin Haji Muhammad. Mereka merupakan dua orang sahabat yang sememangnya hebat dalam menuntut ilmu. Tuan Guru Haji Abas lebih berminat dalam Ilmu Falsafah manakala beliau lebih cenderung kepada Ilmu Fekah.Setelah menamatkan pengajiannya di Kuala Besut, beliau telah menyambung pelajaran agamanya di Masjid Muhammad, Kota Bharu, Kelantan. Sewaktu di sinilah beliau berpeluang menimba ilmu daripada ulama yang terkenal, Tok Kenali. Beliau mendalami pengajian agama di Kelantan lebih kurang empat tahun.
Awal tahun 1925, beliau telah ke Mekah untuk mendalami ilmu agamanya. Di Tanah Suci, beliau belajar di Masjid Al-Haram di bawah bimbingan Syeikh Said Al-Yamani dalam bidang Tauhid dan Fekah, Selain dari itu beliau juga mempelajari bidang Fekah daripada Syeikh Muhammad Patani, Daripada Tuan Guru Pak Cik Ya dalam bidang Usuluddin dan Usul Fakah, Tuan Guru Hassan Massah dalam bidang Mustalah Hadis dan Hadis Muslim, Tuan Guru Haji Sulong dalam bidang Ilmu Mantik, Ilmu Alat dan Nahu, Syeikh Ali Maliki dalam bidang Al-Quran dan Tafsir , Tuan Guru Haji Wan Nuh dalam bidang Al-Quran dan daripada Tuan Guru Tok Segora dalam bidang Al-Quran dan Tajwid. Beliau kembali ke tanah air pada tahun 1934, setelah berada selama 10 tahun. di MekahSejarah Pengasasan dan Perkembangan Pondok Tuan Guru Haji Wan Abdul Latiff
Pada tahun 1936, beliau telah membawa keluarganya berpindah ke Kampung Mak Sara, Jerteh .Beliau menetap di atas tanah yang dibelinya seluas tujuh ekar. Kedatangan beliau ke Jerteh mendapat sambutan daripada penduduk di situ. Mereka telah bergotong-royong membina sebuah surau yang agak besar berhampiran dengan rumahnya. Oleh kerana ramai pelajar yang datang beliau bercadang untuk memulakan pengajaran sistem pondok. Orang ramai bergotong-royong pula membina sebuah tempat belajar dan beberapa buah pondok kediaman para pelajar. Pada tahun 1937, terbinalah "Madrasah Diniyah Ittifaqah" dengan bilangan pelajarnya semakin hari semakin bertambah. Dalam tahun 1941, pelajar Madrasah Diniyah Ittifaqah dianggarkan seramai 400 orang dan bilangan pondoknya pula sebanyak 200 buah. Pada tahun 1948, dengan bantuan derma orang ramai, beliau berjaya menubuhkan pusat pengajian yang berasingan antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. Pusat pengajian perempuan diberi nama "Madrasah Rokiatulbanat". Sekarang di tapak pusat pengajian tersebut tersergam indah bangunan asrama puteri tiga tingkat.Peristiwa Antara Tahun 1942 hingga 1957Dengan pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1942, sekolah ini turut menempuh zaman gelap yang mengakibatkan usaha-usaha memajukannya terhenti buat beberapa ketika.Setelah tamat pendudukan Jepun dan keamanan beransur pulih semula, satu mesyuarat telah diadakan bagi mencari kata sepakat agar pengajian diteruskan semula. Sebuah Jawatankuasa Lembaga Pengurus telah ditubuhkan hasil mesyuarat tersebut, dengan bertujuan mengendalikan sumber-sumber kewangan sekolah. Ramai penderma telah tampil ke hadapan dan sumbangan ini disalurkan melalui badan kebajikan yang ditubuhkan di setiap mukim dan kampung sekiar Daerah Besut.Bermula tahun 1948 juga Tuan Guru Haji Abas, Haji Abdullah ( adik kepada Tuan Guru Haji Abas ), Haji Shafie dan Haji Sulong telah bergabung tenaga memberi pendidikan kepada pelajar-pelajar di Madrasah Tuan Guru Haji Wan Abdul Latiff. Bagaimanapun antara tahun 1952 hingga tahun 1954 sekali lagi Ittifakiah menempuh zaman kemerosotan. Ini kerana penarikan diri oleh beberapa orang tenaga pengajarnya untuk memulakan penghidupan baru di tempat lain.Pentadbiran Sekolah Bertukar TanganUntuk menyelamatkan Ittifakiah daripada terus mengalami kegelapan, maka suatu tindakan yang berani telah dilakukan oleh pengasas sekolah ini. Tuan Guru Haji Wan Abdul Latiff. Pada tahun 1958 beliau telah menyerahkan pentadbiran sekolah yang dicintai kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu ( JHEAT ), walaupun mendapat tentangan daripada penduduk tempatan. Beliau juga dengan rela hati mewakafkan tapak madrasah tersebut seluas 4.5 ekar kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.Menempuh Zaman GemilangDengan berrtukarnya teraju pentadbiran, Ittifakiah telah memasuki zaman baru yang gemilang. Sistem pelajaran dalam bentuk persekolahan diperkenalkan. ‘Shahadah Ibtadaiyah’ akan dikeluarkan kepada setiap pelajar yang berjaya menamatkan pengajiannya dan lulus di dalam peperiksaan tahun akhir.Kerajaan Negeri Terengganu telah memberi wang peruntukan sebanyak RM20,000 untuk membina sebuah bangunan baru di samping memberi beberapa kemudahan asas yang lain. Bagi membantu kegiatan pengajaran dan pembelajaran yang amat mendesak, mulai tahun 1958 kerajaan mula melantik guru besar untuk mentadbirkan perjalanan sekolah ini.Perubahan Sistem PendidikanPada akhir tahun 60-an sekolah ini telah mengalami perubahan dalam sistem pendidikan, Sistem persekolahan telah diselaraskan mengikut sistem kebangsaan iaitu dengan memperkenalkan beberapa pelajaran akademik. Manakala pelajaran agama pula diajar dengan pengantar Bahasa Melayu, sementara pengajian Bahasa Arab terus dikekalkan seperti biasa. Tempoh persekolahan juga telah dipendekkan daripada 5 kepada 3 tahun dan semua murid Tingkatan 3 diwajibkan menduduki peperiksaan SRP yang dikendali oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.Tuan Haji Abdullah bin Ibrahim telah dilantik sebagai guru besar mulai tahun 1976 hingga 1980. Dalam masa pentadbiran beliau, dua buah bangunan baru dan sebuah dewan besar mula didirikan. Tenaga pengajar telah meningkat melebihi 20 orang dan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum mula dititikberatkan.Dinaikkan TarafMenjelang tahun 1981 Ittifakiah telah memasuki zaman baru. Sekolah ini telah dinaikkan tarafnya daripada Sekolah Menengah Agama Rendah kepada Sekolah Menengah Agama Menengah. Pada tahun tersebut seramai 103 orang pelajar mula belajar di kelas-kelas Tingkatan 4. Bilangan pelajarnya pada masa itu ialah 850 orang manakala guru-gurunya pula seramai 40 orang. Dari tempoh 1973 hingga 1997 seramai 14 pengetua telah berkhidmat di sekolah ini.Melangkah ke Abad 21
Tahun ini genaplah usia sekolah ini 60 tahun. Ittifakiah mampu tersenyum megah mengenangkan anak watan yang sempat diasuh dan dididik menjadi pelajar cemerlang dan manusia yang berilmu dan berketrampilan. Abad ke-21 sudah tentunya menanti dengan seribu satu cabaran. Namun dengan keperihatinan pelajar, dedikasi guru-guru dan kepimpinan dinamik serta berwawasan dari pengetuanya, Tuan Haji Deres bin Deraman, didoakan agar cahaya Ittifakiah akan terus bersinar gemilang untuk terus menaburkan baktinya kepada agama, bangsa dan tanah air yang tercinta. Insya Allah.
Tuesday, June 24, 2014
kepentingan sma
Sekolah Menengah Agama.. apa kelebihan sekolah ini..
Salam
Insya Allah semua anak2 ku akan ku usahakan utk berada dlm Sekolah Menengah Agama (SMA).
Setakat ini, 2 org sudah pun berada di SMA. Alhamdullilah. Cuma tinggal 2 org lagi yg bersekolah rendah tp aku akan usahakan mereka di sekolah2 ini juga.
SMA adalah sekolah dgn 2 aliran pengajian iaitu aliran sekular @ belajar ilmu duniawi & satu lagi aliran thanawi @ belajar ilmu agama.
Bermula dgn anak yg sulung @ Afiq, bila aja abis upsr dgn keputusan upsr yg tak berapa cemerlang, kami dah mengalah utk mskkannya ke sekolah aliran agama SBP.
Makanya aku mula mencari2 kemana abg boleh bersekolah dgn keinginan utk dia belajar 2 aliran ini.
Hubby mulanya nak menghtr afiq b'sekolah di johor kerana byk sekolah aliran spt ini, tp hati ibu ini tak mahu lg berjauhan dgn ank sulung.. aduh pd masa tu memikirkan bole ke anak ku ini survive sendiri di tmpt org & dgn mengharap pak tam nya menjenguk dia sekali sekali di asrama.. rasanya tak sanggup lagi aku berjauhan.
Masa tu dah pun isi borang utk memasuk "Madrasah Arabiah Kluang" dari Mak Tam yg menjadi guru di sekolah trsbt iaitu sekolah agama swasta & byran cuma dlm RM150/mth shj. (Alhamdullilah, 2013 sekolah ini telah m'jd SBK)
Hujung tahun tersebut aku menggoole sekolah2 aliran agama disekitar lembah klang, alhamdulillah aku jumpa SMIP (Sekolah Menangah Islam Puchong) yg terletak di Kg Seri Aman, Puchong. Syukur sgt2 sbb impian ku tercapai. Kami survey sekolah tersebut yg tak berapa jauh dari tmpt tnggal kami di Bukit Serdang. Kebetulan pd masa itu sedang diadakan pengambilan pelajar baru ke tingkatan 1 iaitu diadakan exam & temuduga. Afiq berjaya memasuki sekolah tersebut akhirnya utk tingkatan 1 @ 2010.
Walaupun agak mahal sikit & tanpa ada bantuan buku teks maksudnya belanja persekolahan nye tinggi, abg telah berada selama 2 thn disini & akhirnya kami pindahkan dia ke SMA AlQuran Waddin, Kg Melayu Majidee, Johor Bahru utk tingkatan 3 atas sebab :
1. sekolah ini telah dinaiktaraf ke sekolah bantuan kerajaan (SBK) & aliran agama masih dikekalkan. Maka peluang abg utk membuat STAM amat besar di Johor & seterusnya mencari peluang2 meneruskan pengajian tinggi lain lebih cerah. Sekolah ini sekolah asrama harian maka lebih sistematik & displin yg tinggi pd mereka yg tinggal di asrama.
2.silibus di SMIP ok je, tapi pelajaran afiq tak memberangsangkan tp tak ler teruk cuma ok ok je, mungkin suasana sekolah tersebut atau perkara lain, waallahuaalam. Bila kami tanya dia, dia kata seronok je belajar di sekolah itu. Ustaz2 & guru2 pun baik2 & amat membantu. Sekolah ini serasi juga dgn abg walaupun tak seindah sekolah lain. Aku doakan agar smip akan terus diupgrade menjadi sekolah pilihan terbaik utk anak2 bersekolah 2 aliran terutamanya utk yg berdekatan dgnnya di masa hadapan.Terus terang aku menyukai smip kerana bg peluang utk ank ku ini mencari ilmu nya.. tp mungkin perlu dipertingkatkan coz aku kesian dgn ustaz2 nya & guru2 yg benar2 ikhlas menyampaikan ilmu. Jika mereka diberi ganjaran yg baik aku rasa amat la berbaloi namun aku tau mereka tidak kisah semata2 nak menabur ilmu kpd anak murid. (dr info abg ler.. ustaz ckp, gaji dia ciput jer tp ustaz betul2 nak bantu ank2 murid menjadi "manusia")
Kenapa aku & hubby nak sgt anak2 di SMA ?
1- kerana kehendak suami ku juga, katanya bila anak2 ada ilmu agama secukupnya, ilmu agama akan dibawa ke mati, tapi ilmu dunia tak akan kemana maksudnya abis mcm tu je la.. belum tentu bidang itu akan diguna apabila mereka bekerja nanti, tp dgn ilmu agama ini amat BERKAT katanya. Ilmu itu akan membawa mereka ke mana2 ie utk cari rezeki apatah lah m'dpt keredhaan Allah, jadi tak perlu la fikir apa anak2 nak jadi apa bila abis alam persekolahan kerana percaya rezeki itu dr Allah jua & dgn ilmu agama itu akan menyelamatkan mereka walau dlm keadaan apa sekali pun.
Aku melihat ini dari segi KEYAKINAN pd Allah, iaitu janji Allah jika kita bantu menegakkan agama maka Allah akan bantu kita. Malah rezeki itu ketentuan Allah, org yg belajar ilmu duniawi akan sentiasa memikir utk masa depan duniawi mereka iaitu nak jd jurutera ke, doktor ke.. pdhal semua ni sudah ketentuan Allah cuma perlu berusaha jua. Matlamat hidup sebenar tak tercapai langsung.. letakkan matlamat akhir kita untuk keredhaan Allah swt semata2.
2- kerana aku sendiri, sbg ibu.. ya Allah, aku ingin sgt ank2 ku menjadi anak2 yg soleh & solehah. Anak2 yg boleh mendoakan aku atau membuat kebajikan kpd ku semasa aku hidup apatah lagi di alam kubur. Asas ilmu agama MESTI menjadi TERAS dlm hidup mereka.
aku bersekolah di johor dimana kami bersekolah di 2 sekolah, kebangsaan dan agama. Sekolah agama ketika itu mempunyai silibus yg amat tinggi.. aku rasa rugi sgt2 tak hayati ilmu2 tersebut sbb bila dah 40++ skrg ni rasa ilmu tu amat berguna sgt. Masa itu belajarpun malas2.. setakat nak abiskan sampai Darjah 6 & tak sempat & tau mau pun amik Kelas Khas. Alhamdullilah, asasnya telah ada dlm jiwa ku, jd kesinambungan nya aku ingin anak2 ku belajar & mendalami ilmu2 tersebut.
Satu lagi aku ingin ank2 ku jd Ustaz & Ustazah, tak kira la siapa pun dlm 4 org ank ku.. kalau ada rezeki utk mereka.. tgk peluang mmg ada je..
http://apps.moe.gov.my/kplspm/kplspmjun2012/iklan-permohonan-sma.cfm
Waalllahhualam.. Hamba hanya insan kerdil shj. Ampuni hamba ya Allah & hamba bertaubat kpd Mu.
Sekadar hiasan... kakak @ sma maiwp

= | ||||||||||||||
Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon SMA atau SMU yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program seperti berikut | ||||||||||||||
1 | KETERANGAN PROGRAM | |||||||||||||
|
Waalllahhualam.. Hamba hanya insan kerdil shj. Ampuni hamba ya Allah & hamba bertaubat kpd Mu.
Sekadar hiasan... kakak @ sma maiwp
Subscribe to:
Posts (Atom)